Keputusan Peperiksaan <b>MUET</b> Sesi November 2013 | Blog Rahsia <b>...</b> - Blog MUET


Posted: 14 Jan 2014 07:42 AM PST
Ramai calon muet yang bertanya kapada saya bila rasanya keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi November 2013 akan dikeluarkan. Rasanya ramai calon muet tidak sabar untuk mendapatkan keputusan. Maklumlah, setelah berhempas pulas memperlajari teknik menjawab soalan muet maka tiba masanya pula untuk mengetahui keputusannyakan.
Mengikut berita sahih yang dikeluarkan oleh pihak BERNAMA, keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi November 2013 akan diumumkan pada hari khamis ini bersamaan 16 Januari 2014. Calon-calon MUET boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi pengajian masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.
keputusan muet
Bagi calon yang tidak berpeluang untuk mendaptkan keputusan peperiksaan di sekolah atau institusi pengajian masing-masing, anda juga boleh menyemak keputusan peperiksaan anda melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip MUETRESULT dan hantar ke 15888 mulai 12.01 tengah malam Rabu atau melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://mpm.edu.my/ mulai pukul 9 pagi Khamis.
Manakala jika terdapat calon-calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Malaysian University English Test (MUET) mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula dengan bayaran sebanyak RM70. Tarikh tutup rayuan semakan semula adalah pada 27 Januari 2014.
sms keputusan muetUntuk pengetahuan calon MUET, Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi Julai 2014 pula akan dibuka dari 16 Jan hingga 17 Mac ini.
Dari itu selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon-calon MUET sesi Nov 2013. Semoga anda mendapat BAND Tertinggi hendaknya.
Kredit foto: myuniversiti
 
© 2014. Design by Blogger