Laki Terok: <b>Malaysian University English Test</b> (<b>MUET</b>) - Blog MUET


Laki Terok: <b>Malaysian University English Test</b> (<b>MUET</b>)

Posted: 06 Jan 2015 03:38 PM PST

         5 Januari 2015, bermula tepat jam 10 pagi laman web MUET merupakan laman tersibuk kerana mendapat kunjungan daripada ribuan orang. Kenapa? Hari tu merupakan hari di mana keputusan MUET bagi sesi November 2014 diumumkan. Yeayyy! Dah jangan seronok sangat sebab mesti ada yang sedih dan kecewa dengan keputusan yang diperoleh.

       Lepas tunggu dalam dua minit, berbunyilah notifikasi handphone aku. Result dah dapat! Jadi mestilah kau rasa lega nak pulak bila kau lepas dari target yang kau harap. Keputusan melalui SMS ni cuma nyatakan Band yang kau peroleh tapi tak nyatakan sekali markah kau bagi setiap aspek yang diuji dalam MUET; Speaking, Writing, Reading dan Listening. Skala Band yang kau akan dapat pulak adalah antara Band 1-6, kalau kau dapat Wali Band ke atau apa-apa Band ke memang tak wajarlah. Gelaklah sikit! Penat aku buat lawak hambar tu. Yang gelak? Terima kasih. 

          Keputusan dah dapat, muka ada senyum tapi cuma satu yang tak henti berputar dalam kepala. Apa dia? Ya, markah yang aku dapat. Ingat nak senang, tapi yang menyenangkan tu tak details. Terpaksalah jugak aku ikut korang tekan butang refresh berkali-kali. Aip dah jangan nak kutuk, aku tetap bijak lagi walaupun guna jugak cara ni HAHAHA. Agak-agak lepas sejam berseronok tekan butang refresh tu barulah lepas dan dapatlah aku tengok markah aku untuk setiap aspek. Dalam masa sejam tadi bukan langsung tak lepas, tapi kalau lepas pun bila sudah aku isi no kad pengenalan dan nak tekan submit kena refresh semula. Ya, memang menaikkan kemarahan nasiblah aku ni penyabar orangnya HEHEHE. 

          Lepas dah tahu markah, aku dah mula rasa sikit tak puas hati sebab markah yang aku peroleh hanya 2 markah beza untuk naik Band. Heyyy, bukan tak bersyukur dengan apa yang aku peroleh, tapi tahu aku boleh dapat yang sedikit lagi baik. Sikittt lagi! Jadi aku pun bercadang untuk buat semakan semula, mana tahu dapat naik Band korang doa-doakanlah aku. Hmm, bercakap pasal MUET ni korang mesti nak tahu pengalaman kali pertama aku ambil MUET. Nak? Tunggu entri aku lepas ni, How Tragic My MUET Speaking Day Was!

          

          

 
© 2014. Design by Blogger